9.12.09

KaLau Itu TAkdirnya....

AKu kebingungan skarang ni..aku xtahu sama ada apa yang aku buat ni betul ataw salah..AKu Rase sedih...tp kite kene lakukan sesuatu untuk mencapai yang terbaik dalm hidup kita....

3.11.09

ExAm Time...

Now Im in Mood ExaM...So time is golden for me..so please Pray for Me n For Those who In final Exam COndition...!!! Urgent Time No BReath maaa....

15.10.09

PeaCe.??



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).



Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.


A
ssalamualaikum...aku terbace bnde ni kat scripters,walau ape yg kite lakukan kdg2 kite kena hati2...aku pon penah melakukan isyarat ni...tp aku xtaw la pulak smpai mcm ni...but i dont wether its true or not bout this topic,semua bergantung pd niat @ nawaitu kita dalam melakukan semua perkara..so fikirkan ek....

13.10.09

Sedey.......

Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…



copy from;http://scripters.ning.com/forum/topics/ibuku-pembohong

No IdEa....

aku xtaw ape sbnrnya yg melanda diri aku skrg...tp perkara yang melanda diri aku ni mmg xdpt aku nak kate ape cz die dtg suddenly n lost a second after that...im feel lonely now..anybody can make me as themselves..???????? aku rase cam bodoh lak mintak bnde mcm tue....huhuhuh...tp aku xde bnde yg berguna nak cter la..ramai kwn2 duk sibuk ckp kat aku...blog ni kene ade pengisian yang spesifik...bukan duk sibuk cter bnde2 lagha aje...that's true..but when u lack of idea,then how u can open a topic that can attrack people to read? kdg2 aku nak jd novelis sementara balik...dulu aku ni keje novelis u...bnyak cerpen yg aku tulis time aku muda mudi dulu...but then aku stop situ aje....not continued that habit..now feel like 2 sambung..but beyond the time make me so worried bout my perfomance...huhuhuhu...God bless me la ye...plessss....some body can help me...?????

9.10.09

hlovate...

Aku Suke Hlovate...!!!! I dont know but its true that i realize i like her very much...bout her writing and speech..! I like her after Ramlee Awang Murshid...for those doesnt know her...plez visit



~http://hlovate.blogdrive.com...~

7.10.09

Im Back....

Aku kini kembali....namun aku masih kekurangan idea dan info2 n cter2 yang aku nak share kpd sume org..aku xtahu kenapa...mungkin banyak sgt makan kueh raye...atau sebab dah lama xupdate blog membuatkan otak aku menjadi tepu...kepada sume yang ade idea...tlg la bagi idea Kat aku ni......


Ikhlas:
~Hattiey syafard~

15.9.09

Raya Dtg Lagi...

Assalamualaikum...hari ni..15hb ari isnin malam selasa(dah lebih kul 12...so kene sebut 15hb)....tggl bbrpa kerat lagi pose dah tggl...dah bersedia sume...?untk berperang dgn kuih raya...? dah siap baju raya smua? kpd akak2 dan abg2...dah sediakan duit raya utk anak2 buah dan adek2..? for suami...dah sediakan perabot raya utk isteri..??????



Walau apa2 pon yang kamu sediakan for hari raya ni... aku pasti tahun ni msti lari lagi bajet kamu semua..kih2x....agak2 aje ni..kalu betul 10 markah...besela nafsu manusia ni pelbagai ragam...tp untuk kebahagiaan family walaupun kayap menanti tetap diteruskan jugak ye.....aku dah dapat bayangkan kemeriahan di belakang rumah aku malam raya ni...berdentum dentamla budak2 maen meriam bluh berperang dgn org sebelah...dan akan keluarlah makian drp bibir mulus aku dan emakku kerana terkejut...kih2x...aku jgk dpt bayangkan akak aku sibuk masak nasi ayam cz nasi ayam die femes gile kat kg...aku tukang perabiskan...hehehe...tapi taun ni aku xbuat ape2 la...cz aku malas...malas nak mask nasi ayam..malas nak mask nasi minyak n malas nak buat semuanya...kalu boleh aku xnak raya la tahun ni..aku xtaw nape...gilo meroyan agoknya aku ni..pelik semacam aje.....




So...sempena hari raya yang bakal menjelang tiba ni aku nak wish for kawan2 aku...:
~ Kalu makan kuih raya jgn lupa kat aku...Jgn lupa bawak kat U nnt..aku tukang makan..
~ Jom sama2 kite berperang makan banyak2 masa raya nnt...
~ Jgn lupa mtk duit raya dgn akak dan abg2 yer...mtk yg umo tua pada kita..wpn kite xsdr diri kita dah tua...kih2x...
~ Jgan lupa menggemukkan diri anda semua..jgn lupakan nasihat yang pakar...hehehe...
~ Meriam n mercun jangan dimain ya..!!!! Bahaya...!!!!
~ Jemputlah dtg rumah aku..krn ia sentiasa terbuka for kamu semua yg sudi menjadi shbt aku..!!
~ Lastly,aku nak ucap selamat hari raya kpd anda semua yg sudi membaca blog ini ya..kwn2 n sahabat handai...family..anak cucu n cicit aku...selamat hari raya maaf zahir batin....

ikhlas drp:~ Hattiey syfard~

8.9.09

Ku Tahu Akhirnya..

Hari ni rase kosong..mungkin sebab aku dah taw kot...dah tahu sesuatu yang aku xleh kongsi kat sini...Rase sedih,kecewa n terasa kebodohan yang melampau..Mgkin ALLAH swt dah tunjukkan kepada aku tntg perkara ni dulu,tp aku xnak amek taw...skrg aku dah taw..dah akn kusimpan kejap dalam hati semoga mnjadi ingatan di kemudian hari...Insyallah...Semoga kehidupan aku terus diberkati..amin...

5.9.09

Andai Dunia Itu Gelap Bagiku....




U cant see anythinng in front of you..U can touch but never describe with ur thoughts...In ur World...the world is BLACK...so Black...u cant see what other people see...Aku xpernah merasai kegelapan itu..aku xprnah merasai bagaimana perasaannya apabila xdpt menafsirkan sbrg benda yg aku pegang...sampailah pada pukul 3 td ( waktu Malaysia..) aku tidak xtahu nape aku tergerak ati nak tgk cter hindustan tajuknya "black".Lakonan hebat AMibtab Bachan n Rani Mukherjee...Selama ni aku rase dekat beratus kali tv duk tayang cter tu...tp aku xtgk..mungkin hari ini mood aku terlebih baik so aku melayan cter meleleh tu...mmg meleleh pun..duk 2,3 kali aku menitik air mata aku tgk cter tu...sedih..bnyak pengertian..





Dulu aku xmengetahui makna kegelapan itu..walaupun gelap pada aku tapi masih samar-samar terlihat bayang cahaya...tp bagaimana dgn mereka yg betul2 kegelapan..? aku xmerasainya..dan aku sebenarnya buta..buta melihat dgn mata hati...betapa daifnya aku...tidak mengerti dgn kepayahan golongan ini...




Aku hanya memandang tatkala mereka mendekati...tidak langsung menghulurkan bantuan simpati...betapa bodohnya aku...Namun mereka sebenarnya hebat..! mereka mampu hidup dalam suasana begitu...tp bagi manusia spt aku..yg dikurniakan lima pancaindera...bagaimana jika aku kehilangan satu drp pancaindera kurniaan ALLAH itu? Bagaimana aku mahu menghdapinya..? sdgkan aku selama ini begitu berbangga dgn anugerah yang satu ni...YA ALLAH...teruknya diri aku ni YA ALLAH..aku tidak pernah mahu memahami mereka2 yg tiada anugerah ini...iaitu MATA...Utk melihat...apa guna boleh merasai tanpa dapat menghayati..melihat..dan mentafsir..

YA ALLAH..aku memohon kepada mu..jgnlah engkau berikan aku kegelapan ini YA ALLAH...Engkau anugerahkan kecerahan kepada mereka2 yg sdg dalam kegelapan ini...berikanlah mereka kelebihan untuk mendayung sampan hingga sampai ke daratan...Sesungguhnya aku hanya mampu melihat tanpa dapat memberikan kecerahan itu YA ALLAH...Bimbinglah mereka ke jalan yang disuluhi cahaya...

4.9.09

Makanan Ku di Bulan pose....

Yg pertama...aku xingat hari ke baper pose...tp dalam awal ramdhan gak..aku n kwn aku..p makan kat KFC...msa tu dah xkisah ape org nak kate...aku n kwnku ttp p order gak dinner plate..!! hah..amek kau..skali makan terbongkang...

KFC....nyam2x...

N then hari yang berikutnya lak..Kami p makan kat kedai nasi kandar....nasi kandar pelita nama kedai tu...makanannya punya lah mahal...aku amek nasi bukhari....sume skali rm 7.90....melayang duit aku..tp dah rezeki depan mata...balun tetap balun...kih2x...Pastu lak..disebabkan kesedapan yg tahap melampau..aku p skali g nge kwn aku kat kedai tu selang baper hari kemudian...tp konon nak jimatlah amek nasi putih...tp skali hrganya rm 8.20...hah....cik faridah....mahal ttp mahal k...tp makan tetap habis la..hehehe...



ni hari pertama p...makan nasi bukhari..

ni selang baper hari kemudian...

Pastu aku n kwn aku konon nak mencuba sesuatu yg baru lak...kami p berbuka kat kedai siam lak...kedai ni dekat nge sungai..dulu time xpose slalu gak makan kt kdai tu..servis die pon ok..tp nak dijadikan cter hr kiteorg p tu sungai yg duk kat tepi tu xbper ar sedap baunya..menyesakkan rongga2 hidung aku...tp dah sampai situ..xkan nak patah balik kan....p gaklah makan....Aku order nasi goreng special n tom yam ayam..yg best kat restoran smile ka tu adelah sambal nye..best sgt2...nak2 makan nge tom yam..mmg kenalah..


ni la sambal tue....best wa cakap lo...


ni ha.... nasi goreng y aku tempah...sume hrga RM 9.10...

Pasni aku tak tau la kedai makan mana aku nak terjah lak sempena pose ni...kedai makan leh la diterjah...duitnya xleh diterjah...kalu x best la aku..tiap2 ari leh makan kat luar...jgn lak ade yg terliur nengok makanan ni walaupon pasti ade yg meleleh air liur...heheh...selamat berpose n berbuka buat sume rakan2 yg beragama islam....walau di mana pon anda berada...

Pakwe...???????? Perlu Ke...???


Assalamualaikum....dlm duk jenuh aku nak mncari bahan utk dikongsi...tetiba terlintas di fikiran aku tntg satu perkara yg menggelikan aku...iaitu menayangkan pkwe kpd sume org kononnya dia sorg saje punya pkwe....keh2x...blah la..org lain pon ade gak...aik..? pasal pe melalut lak aku ni....meh cni aku critekan....

Alkisahnya bermula pabila aku diintroducekan oleh sorg kwn aku tuk bukak satu blog ni...kwn aku tu laki..( identiti penulis blog tu terpaksa aku rhsiakan )...so aku bukak la link blog tu...mak aiii...bukak2 je dah ditayangkan dgn gmbr bahagia sang teruna n si dara...first aku pikir laki bini..but im wrong!!!! deme tu kaple..umo pon muda 1,2 tahun dr aku...mengeleng la kpla aku tgknya...ok fine la..kat situ ok g....yg xlaratnya..dalam blog tu si penulis leh siap memberi tips berguna contohnya halal dan haram dalam islam...perkara yang dimurkai ALLAH...n bla..bla..bla..itu yg aku rase tetiba puting beliung dan taufan marakona melanda diri aku...die hipokrit..!!! sorry to say ya..!!! dia sibuk bercerita pada org lain ape yg xboleh n apa yg boleh..tp die sibuk berpeluk n berlaga pipi ngan insan yang bukan muhrim die..!!! fikirkanlah....Mgkin aku silap mentafsir...tp kalu dipikirkan mmg aku rse org lain akan pikir macam tu jugak....

Then pstu kwn laki aku tu tnye pendapat aku..."perlu ke kite mengagungkan seseorg yg belum tntu die yg tercatat di loh mahfuz utk kita..? SOalan yg bernas oleh shbt sejati aku ni...jawapannya pada aku ialah........

TAK PERLU..!!!!!


Sebabnya...mana nak tau..tibe2 satu hari nnt ade insan lain yg dijodohkan nge kita bukannya dia...pastu kita agungkanlah mak bapak kita...family kita...xperlu dicanangkan pada dunia pada hub yang belum pasti...betul ni bukan hal aku...tp bile dah aku melihat bnda itu krn ditayangkan pd org ramai...die akan menjadi hal aku...krn aku xnak sorg lg wanita terkulai di dlm tangisan l kalu tibe2 hub tu xjd...aku xmendoakanlah...tp kalau ianya terjadi..Aku merepek di sini bukan tuk sesiapa..tp utk diri aku sndri...shbt2 aku..adek2 aku..sanak sedara aku...n org yg seagama dgn aku...Utk Pedoman aku jgk tuk kemudian hari krna aku xpasti siapakah gerangan jodoh yg akan ditentukan TUHAN kpdku...Maafkan aku kalu sesapa trase ye...ni bukan ditujukan tuk sape2...tp utk dikongsikan bersama kwn2...

3.9.09

Aku rindukan Kamu.....

Aku rindukan mereka...Sumpah aku amat merindui mereka....Inilah rakan2 aku yg sudi kongsi hidup dgn aku time aku muda mudi dulu...masa ni masg2 otak tgh xcentre..so perangai gile2 la...Kalu flazhback balik zaman sekolah dulu rse menyesal xhargai betul2..time tue2 ni baru trasa kesunyiannya..masa zaman sekolah dulu kalu gaduh pon xtrase sgt...cz msg2 xmatang g...tp skrg..kalu masam muke ckit je org dah anggap laen...skrg susah nak cari kwn laki yg leh blanja makan...tp time skolah dulu petik jari je mtk tlg antar makanan kat asrama xsmpai 15 minit dah antar...Sungguh aku amat merindui rakan2 msa aku bljar form 6 dulu...aku ingat g dulu2 sisa makanan kwn2 kite leh makan..kite tgk xkotor...tp skrg xde dah mcm tu...msg2 malu...aku ingat g rakan2 aku..time aku sakit dorg same2 nangis tuk aku..skrg ni susah dah sume tu...Kami rapat sgt2 time tu..ibarat kalu peha kanan dicubit,peha kiri trase...tp sedihnya skrg msg2 dah sibuk dgn kerjaya msg2..cume ade sorg dua je yg sllu msg....

Buat rakan form6 sek men keb Matang,Kuala Berang trg sidang 2005/2006,ketahuilah aku amat rindukan kamu...xkire di mana kamu berada..aku titipkan salam kerinduan buat kalian semua...

p/s : maaflah gambor ni je yg aku leh upload..hak laen susah sikitlah nak upload....cz tenetnye senget skit duk sini..tp aku xlupe lgsg kat kalian sume....Aku rinduuuuuuuu.......SUmpah aku rindu kamu.....

2.9.09

Kekontangan Idea....


AKu kekeringan idea....xtahu nak merepek pasal ape hari ini...nak kongsi info2 berguna tp lack of words lak...nak menziarahi blog rakan2 malas lak...nak makan pose...itu masa lom bukak pose....ni nasib baik dah berbuka...kalu x...sangap ajela aku ari ni...ari ni x bnyak crite...juz melilau2 p kelas..then balik tggu waktu berbuka..pg tadi kol mak..suh stndby karpet merah aku nak balik 16 hb ni..cewahhh..perasanla lu...cakap sepatah dua aku akhiri perbualan..malam skni tgk cter...ape ntah tajuknya..citer omputih...esk aku xtaw nak btpe...bosan la lak...ade sape2 ke leh tlg anak ahmad ni...???????

1.9.09

Merdeka..!!!

Alamak...aku terlewat nak mengucapkan selamat hari kebangsaan yang ke 52 kepada seluruh rakyat malaysia khususnya yang merasakan diri mereka telah merdeka...kepada mereka2 yg merasakan sebaliknya lantak korangla...tp sekurang2nya hormatilah hari yang bersejarah ini...sesungguhnya merdeka ini bukan datang dengan senang kpd kita tetapi merdekanya kita diiringi dengan jutaan liter titisan darah pejuang2 bangsa...sebatalion tangisan mereka2 yg kehilangan para perajurit2 negara dan titisan keringat mereka yang berbakti pda nusa dan bangsa...

Ingatlah wahai teman semua...segala apa yg kita kecapi skrg bukan utk kita suka2 sahaja..tp utk masa depan generasi akan datang...Kemerdekaan ini adalah AMANAH yg harus kita jaga kerana kita sudah berjanji apabila kita menjadi warganegara malaysia..Seimbas lalu kita kibarkan jalur gemilang di atas bumbung rumah,syarikat,sekolah dan sbgnya untuk menghormati saat2 yg indah ini...walaupun aku tidak dapat merasai pahit manis org terdahulu...tp bila aku dgr mak aku citer tntg zmn2 die jd gadis yg rupawan dulu..cewahh...ssah sgt2 hidup die..aku xdpt bygkan kalu aku pon hidup macam die skrg...mau nangis xberlagu aku..Mak aku ade citer..masa zmn sebelum merdeka dulu die cume pakai guni beras je sbg pakaian dia..Xde kain...duit apatah lagi.kalu dgr siren Jepun je..terus die masuk rumah...tu blom lagi nenek aku cter...mau berlinang airmata aku..

Merdeka membawa makna yg mendalam pada kita...sebut je perkataan " merdeka" anak kecik pon tau...tp ramai yg xtaw erti yg tersirat di sebalik sume tue...ramai yg kata kita belum merdeka lagi.masih lagi di jajah..aku xnak komen pnjg2..mybe betul...mybe x....susah nak menilai maksud dan tafsir drp org lain...Cume aku ingin membawa kalian semua menerokai pencipta bendera Malaysia yang gagah berkibar di Udara skrg ni....Mngkin kita xkenal siapa dia...tp bendera negara kita adalah hasil 'contengan keramat' beliau...kerana beliau bendera ini tegar bertebaran di angkasa....



Beliau yang diuar2kan ialah Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.Jujur aku nak bgtahu...dulu aku xkisah n xpernah amek tau pasal pereka asal bendera ini...Namun malam ni..entah kenapa aku trasa macam mahu membicarakan sesuatu mengenai lelaki ini...seharusnya kita berbangga dengan beliau...kerana kreativiti beliau menyebabkan bendera Malaysia dikenali seantero dunia....

Aku menghargai beliau..amat menghargai beliau...semoga rohnya tenang di alam sana....bersama dgn perajurit2 yg syahid mempertahankan nusa dan bangsa....semoga mereka akan sentiasa dirahmati dan diberkati...AL FATIHAH...

Bawang Putih Yg Powerfull......

h kwn2 sume sempena ketibaan penyakit yg tak terduga dalam bulan pose n keseriusan penyakit yg menyerang umat manusia skrg ni..aku ade terbace satu artikel menarik tntg "HOW WE CAN SOLVE THE DISEASE THAT APPEARED TO US" dalam satu laman web ni...satu fakta yg mngkin menarik utk dikongsi bersama..Insyaallah...

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH...... ......... .. Bawang Putih!!!!!Terkejut???. ... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit.... . tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?


Haa ...ni dia...satu drp kelebihan bwg putih...kita cuma mngubati..namun segalanya adalah dgn kebenaran Yang Esa utk sembuh kan...? mudah-mudahan....Kat dalam artikel tu pon ade cakap bagaimana caranya nak ubati penyakit dgn bwg putih...

1.Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya.

Tuan punya artikel ni pon suh sebarkan..so aku sebarkanlah...utk tatapan semua...mungkin berguna dalam hidup kita utk menghadapi penyakit ni...insyallah...sayonara semua...

Tanah Itu Hak Aku.....



Assalamualaikum...selamat tghri sume...alhamdulillah..aku baru sahaja siap satu kelas pada hari ini..kelas yg memerlukan aku spy jd terlebih aktif...bukan pe..kelas ni mmg mengancam jiwa dan raga aku cz lec die ganas bukan maen...N pada kuliah hari ni jugak memberi pengajaran baru kepada aku tentang pemilikan tanah di malaysia ini....so aku nak kongsikan ape yg aku belajar hari ini kat korang yg melintas di blog aku ni...hehehehe...
Menurut ajaran sifu aku...tanah di malaysia tertakluk pd "national land code 1965" di mana State has a power to control averything bout the land..so pe2 je yg state nak buat terhdp tanah state ade hak..pastu barulah pemilik tanah tersebut...Pastu ade satu perkara yg buat aku tertarik ati ialah.." abuse about sell or lease out land to non malays in the case of malays reserve land...kpd rakan taulan yg ade ade hati nak jual tanah pd org non malay pdhal die melayu baek hentikan aje perbuatan anda krn ia nya SALAH...di sisi law of land....kdg2 aku pikir gak..aku harap xdelah yg terasa atau tersangap dgn ape yg aku bakal katekan ni..bg aku mende ni ade bgusnya memandangkan situasi org melayu skrg makin terkebelakang...so sudah tibe masenya org melayu fikir utk masa depan gak..
JAnganlah kita duk pikir nak jual je tanah kalu rse terdesak..cz tanah skrg bukan macam dulu lg...nilai tanah skrg lebih mahal berjuta2 pound sterling pd yg dulu..so fikir2kanlah sebelum nak jual tanah u all...sdgkan di indon pon maha hebat penangan tanah ni sampaikan org akan menganggap sape2 yg punya banyak tanah di indon punya kuasa yg hebat...sdgkan kita di Malaysia mewah dan sllu dimanjakan sampai xsedar sume ni....lec aku pon ade cakap...tanah di Indon mmg mengalami krisis yg teruk smpaikan penduduk dia duduk dalam jarak 1km tu dalam 1500 org...bygkan sahabat...kat sini kita sepatutnya bersyukur dgn ape yg kita ada..tp di sana..mereka hidup dalam kesusahan...

31.8.09

Nilaikan sendiri.....


Sibuk..Sibuk....Sibuk....Sibuk...bilela sibuk ni xkan menganggu aku lagi.jahat betol sibuk ni..nak2 bulan ramadhan ni...sibuk lagilah sibuk mengganggu aku...hasut nafsu akulah...sibuk jela kau ni sibuk..hehehhe..mmg benar..aku betul2 sibuk sem ni..xspt sem lepas...xla trase sgt kesibukannya..tp sem ni..masyallah..sibuknya teramat..aku pon heran..unit sem ni xdela bnyak sgt...tp sibuknya melampau..sampaikan bilik pon dah berkulat aku tgk xbersapu..Kesibukan bg aku terlalu la abstrak..sukar nak dicakpkan..kdg2 bg aku..tgh makan pon sibuk..yelah...sibuk mengunyah kan!!!! hehehe...Setiap hari sem ni aku kene buat bnda yg sama...yg pertama mstilah asement...tp sjk bulan ramadhan ni dtg..alhamdulillah..dah slow skit...pastu pg2 lak sibuk duk melangut dpan laptop..on9 berita barang sekejap..pastu kalu ade idea p "goreng ikan" dlm blog..kalu dak..aku sibuk terjah blog org lain jap...pastu sem ni aku xtaw la nape aku rajin sgt basuh pakai tngn...( hai cik farid! mmg basuh pakai tangan..apadaaa..) maksud aku sem lepas aku selalu sumbat dalam mesin je baju..tp sem ni xdela aku bt perangai cmtu lg..cume awl2 je..mgkin sebab dh terkena nge mesin basuh tu kot....asyik buat hal aje...pastu aku sibuk lak menggatal menjadi ibu angkat yang xbertauliah pada 2 psg hamster kwn aku..kah2...sibuk memanjakan diri mereka...uuuu....ENtah bila kesibukan ini akan hilang drp kamus hidupku..tp kalu xde sibuk..bosan lak dtg....bosan pon satu penyakit gak kann..?? sebelum aku merapu overdoes lgi...aku ingin menyelitkan satu cerita...cerita yng mengejutkan aku..dan org lain mybe...

ALkisahnya...kemarahan aku xdpt kutahan lg bile aku bace satu brite..aku xingat akhbar mana tp aku rase harian metro kot...crite kisah derhaka seorg anak kepada mak..yg aku tersangapnye...kes itu berlaku kat daerah aku...pulak tu kat kg yg mmg aku kenal sgt2la..kg kwn aku...laluan aku ke sekolah tiap2 hari...wpon aku xkenal org tu..tp sbg manusia yg tggl satu daerah dgn die..aku rse terkejut yg amat..bukan pe kwn2..kg lain halnya dgn bandar..suasana die berbeza..org kate hidup di kg lebih beradab orgnya...tp skrg tiada yg mustahil kan..? kdg2 di luar bandar lebih teruk drp bandar..bukan mahu menghentam..tp itulah realiti..kg aku skrg pon aku tgk yg dewasanya lebih truk terjerumus ke dalam nafsu mereka sndiri..xperlulah aku utarakan ape permasalahannya..tp cukuplah aku katakan "kita berbeza,tp sama"berbalik pd isu td,aku xleh bygkan bagaimana tergamak org tu pukul ibu,nak kata budak kecik bodohla kan cz dah kwin ade anak bini...sanggup pukul mak sebab mak kononnya mak die tuduh bini die curi brg kemas...aku rsela kan..mak die xtudh..but tnya..tp anak die salah anggap lak..begitula manusia..cinta pd mak diabaikan..sanggup pilih cinta pd laki n bini...sedangkan maklah insan teragung kan...melalut lak lebih2 aku ni..cuma ape yg aku nak tnye korang,seorg ibu mampu menyayangi seorg anak yg berperangai setan...tp mampukah seorg anak menyayangi seorg ibu yang jahat,dan buruk..???????? tepuk dada...tnya ati anda..sayonara sume...

30.8.09

Are U Realizes tHat...??????

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine
adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat
air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut
menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya
dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita
hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya
sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut
memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara
utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki
kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan
ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri.
(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar
adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan
kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan
kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg
bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita
perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah
Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz
Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita
perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota
badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan
menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk
mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di
luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan
minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama
menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti
menghina Islam.


Teman Alam Mayaku....

www.iluvislam.com~semestinyala..cz aku terjatuh hati first aku bace....

http://www.Penulisan2u.blogspot.com~bnyak cerpen2 cinta yg bt aku meleleh air liur n hidung membacanya...kah2x...

http://scripters.ning.com~info berguna kpd anda kalu bace....

yahoo mesengger~ramai org kenal...cz ramai insan yg sudi jd shbt anda..tp xramai yg jadi betul2 shbt...

Blogger~tmpt aku curahkan sgla ketidakpuasan n kebiolan hati kat situ...

sekian...trima kasih...

HAmster....


HA.....Akhirnya aku berjaya juga...meng upload gambar combi n combu kesygn sahabat ku..and baru beberapa minit lepas combu meragam..mcm die taw2 je gmbr die nak masuk sini....huhuh..die tbe2 jadi sangap..takut gak aku nge mama die..sebab sllu jgk kami berceloteh tntg kemungkinan n kebarangkalian yg si hamster ni menjadi arwah nnt mcm mana nak menghadapinya...?ha...kan td si combu membuat demonstrasi..takut beb..takut die hilang dr muka bumi Allah ni tnpa sempat meninggalkan zuriat..hehehehe....okla..korang layan n samat berbuka ye...hehehehe...

Kwnku Dgn labu labinya......

Huhu...assalamualaikum...terlebih dahulu aku nak mintak maap kat kwn aku yg tersyg yg sorg ni...si uyun@farah da boom...!!! hahahahaha...ni kisah mengenai diri nya...dan ia adalah KISAH SEBENAR yg diadaptasi dari akal fikiran aku sendiri..cewahhh...hahahahahahah....ni kisah mengenai kegilaan roomate aku skrg yg sdg dilamun cinta dgn 2 psg haiwan peliharaan die yg bertubuh montok dan montel iaitu HAMSTER!!!!!

Ye kwn2...die dah naek hantu dgn binatang ini...spesie yg sememangnya kiut dan miut la...Hamster ni sejenis binatang yang aktifnya pd waktu malam aje...so aku dan frh xdela terkejut sangat bila 2 psg ksygn ni duk melangut je waktu siangnya...( cume hari 1st aje terkejut yg amat bile die men nge roda bulat tu smpai berdecit2 merasai kenikmatannya..kah2...)..tapi bile waktu m
alam duk meracit je kejenya...aku geram jgk..bising bile aku n farah nak tido...smpai ade satu kali mama aka farah ni p cabut roda die..! geram pnya psl!!! hahahaha..aku salute ar kat die..lenkali buat lagi ek....hehehhehe...

2 psg hamster ni die drp jenis yg berbeza...satu psg tu drp jenis winter white...y satu lagi dr jenis serian n roboscis..tp syg..serian n robos ni xleh mengawan cz dua2 betina...yg sepsg tu duk syok mengwan kot skrg ni..laen mcm je aku tgknye..huhuhu.....
Ha...inilah roboscis(kanan) nge serian..aku rse dah sebulan lebih kot..inilah hamster pertama yang farah beli kat rapid penang punye centre....pastu lak yg kedua hamster farah beli ialah sepasang winter white memang cute gler ar... tapi harap maafla..gmbrnye mmg xleh upload sebab kebiolan tenet kat sini...nntla aku kemudian kan gambar mereka ya...insyallah...itu aje kalian...



Marhaban Ya Ramdhan

Assalamualaikum...wah2...dah berhabuk n berkelodak dah rumah aku yang satu ni..dah lama sgt aku xupdate..bukan pe..satu masalah sebab sibuk..satu masalahnye lagi..ampunnn..tenetnya lembap yang amat...aduhai..payah2..!!! Aku xtaw nak kate pe la...susah macam ni..nak2 student mcam aku ni..Nak Pakai Broadband tu mahal..Mak aiii..xsanggup aku....Sebenarnya tujuan aku duk melangut dalam ni bukan pe...juz sekdar nak ucapkan...

# Selamat berpose kpd sume rakan taulan ku...xkire kecik atau besar dan walaupun xbersangkut paut nge aku tetiba melintas kat sini sebab traficc jam...so aku doakan semoga korang sume dapat melunaskan ibadat berposa dgn hati yang tenang,nyaman,aman dan sebagainya la....
#DIhari dan bulan yang mulia ni marilah sama2 kite berdoa agar masyarakat islam dunia sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat dari ILLAHI selamanya....amin....

SAyonara semua...itu je utk kali ini....wslm...:)

14.7.09

Cooking time..!!!

Alhamdulillah....bernywa lagi aku.......hari ini banyak sgt keje....tp banyak dilebihkan pada tidur ajelah......huhu........kelas aku ponteng g ari ni....hehehe.....Ya ALLAH...engkau berikanlah aku petunjuk...ari ni kononnya ada org nak repair meja study kat hostel....alih2 xde lak.......so aku pon buat2 sibuk p melepak dalam bilik tv sampai tertidur...Aku hanya terkejut bile kawan aku antar mesej bertanya aku kat mana.....rindu kat aku lah tue..hehehe...

Malam ni aku duk bercerita dengan sahabat lama aku yang duk kat jordan.....Banyaklah yang aku borakkan.....dalam duk mengumpat2 tue aku tertanya macam mana nak buat kuah asam.....wah2x farid.....dah mula sibuk mencari resipi masakan nampaknya..... oklah tuan dan puan2.....beginilah carenya nak buat kuah asam yer...

mula2 sediakan bahan2nya....
1)Belacan
2)Sdkt gula
3)Limau nipis
4)Asam jawa
5)Garam secukup rase
6)Tomato
7)Bawang Merah-diracik dadu
Puan2 sekalian inilah bahan2 yang sempat aku ingat dan tersimpan kukuh dalam memori kad aku...keh2x...Care membuatnya adalah gaulkan sume bahan ni sehingga sebati..heheh...senang aje..dan sesuai dimakan dgn nasi...utk bbq dan sewaktu dgnnya....haaaaaa........inilah antara contoh kuah asam yang selalu org utara buat....sedap weiiii......mmg sedap gler ar.......dan ari tu....pada sem 2 lepas kot.....kami tlh membuat bbq....sedap giler...ramai2 masak......kenyang sgt2 ari tu........nnt kiteorg nak buat lagi.......tggu masa yang sesuai la.......xleh nak upload la gmbar dalam nih..nnt aku akan usahakan tuk kwn2 ku tersyg mnjadi femes dalam nie..hehehe....okla semua.....sayonara......selamat malammmm....wslm......

My mUM.....

Emakkk......anakmu ni amat menyayangi dirimu....xde org setanding dgn mak..mak adelah segala2nya dalam dunia..kalau xde mak...aku xtawla ape akan jadi dalam hidupku..mak terlalu agung padaku...Engkau ratu hatiku mak..Emak adalah oksigen dan emak jugaklah karbon dioksida dalam hidupku..kalau xde sume itu..maka matilah aku.........

Mak......aku xtahu sama ada aku dapat membalas jasamu atau x...tp aku amat mengharapkan di setiap helaan nafasku..kau sentiasa berada di sisiku..aku amat memerlukanmu mak...mak...masih aku ingat tika aku baru mula mengenal erti sekolah....emak menungguku di pintu pagar sekolah malam2 buta....walaupun aku ada keluarga tapi kamu sanggup berjalan kaki kerana aku adalah anakmu mak....Tika umah kita ditenggelami air.....engkau rela mendukungku ke jalan raya untuk memakaikan aku kasut sekolah walaupun engkau akan bergegas ke tempat kerja....emak.....bodohnya daku...walaupun pada masa tu umurku sudah 12 tahun.......tapi engkau masih mendukungku....makkkkk......maafkan aku makkkkk........

Mak......engkau ingatkah saat kite terpaksa berpindah ke tempat lain......????? seksanya hidup kita mak.....walaupun kita hidup hanya sejengkal dengan umah keluarga tapi kita terpaksa menumpang tandas org lain kan mak? kita tiada api dan hanya lilin menemai diriku belajar kan mak? Namun aku bersyukur.....kini aku di sini mak...Di Universiti....insyallah mak....engkau akn merasai kesenangan nnt mak...aku janji makkk..

Mak......aku amat mencintaimu sepenuh hatiku mak....aku tidak bisa hidup tanpa dirimu.....biarlah mereka memarahi ku kerna tidak adill..tp sedarkah mereka mak...aku hanya da kamu...kamu yang membesarkan aku.....mereka tidak paham mak...sebab mereka bangga dengan keluarga mereka mak.....biarlah makk...suatu hari nanti ALLAH akan menunjukkan hijab2 yang tertutup itu mak....Engkaulah puteri kesayangan ku mak....puteri di hati ku.....sesungguhnya dirimu adelah satu dalam sejuta mak.......aku bersyukur TUHAN memberimu pada ku mak......aku Bertuah memiliki mu mak......

Ya ALLAH.....ampunkan segala dosa ibu dan nenekku Ya ALLAH...aku rela menggantikan tempat mereka YA ALLAH....mereka sudah begitu banyak merasai kesakitan dan keperitan......Berikan lah mereka sedikit kegembiraan di hujung hidup mereka YA ALLAH.....Aku merayu kepadamu YA ALLAH.....Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka sepenuh jiwaku....Sinarilah kehidupan mereka......Walaupun aku lahir bukan dari rahimnya.....tp die lah ibu kandungku sampai bila2.......Bahagiakanlah diri mereka YA ALLAH......Aku merayu......AMin.....


13.7.09

Jodoh...

alhamdulillah...td aku terbukak laman web www.iluvislam.com....bukan terbukak..tp saja2 bukak...bagus laman web tue..penuh dgn manfaat berguna bg org muslim..aku pon rse syukur gak terbuka laman web itu...bnyak gunanya pada kehidupan aku....dalam aku duk menekan2 tue..aku masuk dalam thread forum die...terjumpa la satu perbincangan mengenai "jodoh".....

ermm........terfikir lak aku..bile la jodoh aku nak sampai...kawan2 pon ramai dah kawin..tipula kalu dalam diri xde nafsu nak berkahwin tue....tp bile difikirkan balikk...aku ni layak ke x nak kwin awal sdgkan nak jaga diri sendiri pon xmampu...ni nak jaga org lain yakni bakal suami...so? aku pon bantutkan niat aku tue...aku tnye pada diri aku sendiri..." engko dah gatal sgt ke farid?"...so dgn muhasabah diri ni...boleh buat aku pikir dua kali...

Mengikut forum yg aku bace tue....jodoh ni terbahagi tiga...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


..Itulah antara kriteria2 jodoh yang ade dalam dunia ni( mengikut forum tu la)....then utk pengetahuan semua...untuk memulakan perjalanan jodoh ni mestilah ade rase CINTA kan? so ape itu cinta...? bagi aku cinta itu suci...tp terpulang pada manusia nak mencorakkan cinta itu..kalu letak pelbagai jenis dosa maka kotorlah cinta itu..walaupun di sental dengan detergen yang paling berkuasa pon xkan hilang melainkan dengan izin YANG ESA....

Cinta ni pulak pelbagai jenis...jangan ler korang ingat cinta tu mesti teringat pada pkwe je...cz dalam hidup kita ni sentiasa memerlukan cinta...cinta utk family..kwn2...binatang...tumbuhan dan sbgnye la...bagaimana kalau xde cinta..????? ermm..susah gak nak jawab tuh..bagaimana kalu dalam dunia ni xde cinta.....? xke haru..?

Kalaulah ada cinta dalam dunia ni..
-xde pasangan suami isteri bercerai berai
-xde ibu bapa yang duduk umah org tua
-xde anak yang kene buang setiap tahun
-xde rakan yg bergaduh ( siap masuk dlm utube..konon2 nak nunjuk die hero....piiiiiirahhhh...)
-xde wujud sengketa sesama agama...
-xde peperangan dan penindasan
-xde manusia zalim pada binatang
-xdelah hutan menjadi mangsa pada kerakusan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Itu baru sedikit yang aku senaraikan...sebenarnya masih bnyak lagi yang kita buat...kerana bagi kita...kita xnmpak keagungan cinta itu...CINTA itulah sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang...tp kita telah dibutakan...bukan cinta itu buta..cinta xbuta...tp yg buta adalah kita...janganlah kita membanggakan sapae diri kita kalau kita bodoh dan bengap tntg cinta....CINTAILAH ORG LAIN SPTMANA RASULLULLAH MENYINTAI UMATNYA...insyallah....



Mati Itu Pasti.....


Alhamdulillah..hari ini aku masih berkesempatan dan berpeluang lagi menulis dalam halaman karya ku ini..dah 2,3 hari jugakla aku diam cz xde idea dan bnde yang agak bermoral aku nak kongsikan pada semua org...cume malam ni aku terrrrrrade lak idea nak "menceceh" malam ni....semalam aku telah memberanikan diri aku yang telah berani ni nak melihat sebuah crite super natural dalam tv yang dinamakan "final destination 2" aku tgk pon dalam tv2...ramailah kaum kerabat yang negok cter tue...tp masa kat tgh2 crite ramai jugaklah yang bertempiaran melarikan diri kerana ketakutan yang amat mase melihatnye...huhu.

Crite ni diarahkan oleh
David R. Ellis yang juga pengarah Crite ni dulu..maknenye crite ni sekuel filem dulu ar..aku punye la ketakutan tgk crite smpai teringat2 sampai skrg..citer tu bukan crite hantu..tp mengenai DEATH....kematian yang telah diterbalikkan...kononnye macam konon2 mati itu akan mengejar manusia yg sebenarnye dah tersurat utk meninggal dalam satu2 peristiwa tp xmeninggal cz diselamatkan oleh org lain...macam gituler cternye.

Yang menakutkan aku adelah aku mcm terbayang2 mcam mana lah keadaan mati aku nnt...aku mintak2 sgt2 pada Ya Karim agar dipermudahkan segala kesulitan ketika aku di hjung nywa nnt...aku mahu disisi golongan yang beriman....INSYALLAH....crite tu jgk membuka mata aku yang kematian itu akan datang tnpa kite menanti...walau bagaimana pon carenye...ia dah ditetapkan di loh mahfuz lagi...Dan kematian itu akan dtg dgn pelbagai care...

So,kepada rakan taulan sekalian..sentiasa beringatlah..kematian itu sentiasa mengejar kita..apabila sampai saatnya...kita akan dimatikan dalam apa jua keadaan sekalipun....tp aku mendoakan dan berharap agar ALLAH sentiasa memberi rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat islam seantero dunia...AMIN...


'

9.7.09

Aku yg Sebenarnya.....


Alhamdulillah....kini aku smakin mengenali sape diriku yang sebenarnya..smkin matang...smkin bijak ke hadapan...wpon terkadang kakiku terkehel...TUHAN masih sygkan aku...aku tidak bergerak ke lencongan yang lain....aku?????? sape kah aku ni??????????? Sudah hampir 22 thun aku mengecap nikmat dunia( sedih...mcm tue dah...)...dugaan tu jgn cterla....pnjangnye lebih jauh drp jarak Malaysia ke Amerika...kdg2 baru aku nak bernafas...tersekat dek kerana cabaran yang mendatang....namun aku rse syukur sgt2 kerana DIA masih memberikan aku kekuatan...Driku adalah sesimple2 manusia..aku akan buat ape yg aku nak buat...kdg2 aku tahu bnde tue salah...tp aku buat jugak...tp bile dah menyesal..mule la...buat2 berlinang air mata...
Sensitif..itulah diriku...aku ni mmg suka sangat mengalirkan air mata...xkire ar...kdg2 tgh syok2 dgr lagu jiwang...tibe2 paip mataku dgn xjual mahalnya melimpah kuar..nasib baek xkena bayar..kalu x jenuh gak aku nak p beratur kat pejabat pos nak bayar bil...hehehe....aku suke memaafkan org...tp bile hatiku sudah menjadi konkrit tebal..aku akan menyekat maaf itu..aku akan mula mendokan semoga insan yang menyakiti ati aku akan rase ape yang aku rasekan....
Aku mempunyai org yang aku amat sayang..iaitu ibu dan nenekku..aku amat menyayangi mereka..mereka adalah nyawaku..my soulmate..my spirit...my love...aku xingin kehilangan mereka...aku slluy berdoa..biarlah aku yang pergi dlu sebelum mereka..kerana aku xnak keseorgn..im cant imagine hows my life without them...so painful...i cant take that..i cant....i juz want them always be with me...aku sgt2 mengharapkannya...
Aku suke dreaming something can make me happy...xkire la bnde...kalu aku duk tercanguk..boleh berjam2...but i like it...when i have problem appears to me...imagine some good thing can make me feel comfortable...aku mahukan kehidupan yang simple....aku suke hijau..hijau itu aman bagi aku....aku xsuke perang....ya allah...jgnlah berikan kami merasai kesakitan peperangan itu..kerana aku rase aku xlayak utk menghadapinya..aku xdpt bygkan ape yang aku buat pada masa tue...tp if that war happen....my hope is All people can Face with it...work together...krn ALLAH menjanjikan balasan syurga untuk kite....
Ketawa itu bagus...so aku sllu mencari idea2 nakal nak kenakan kawanku..kdg2 aku merempuh aje "traffic light"dalam melontarkan ideaku..kdg2 lawak aku keterlaluan..tp aku xmampu nak halang...cz aku slalu xpikir dulu sebelum cakap...kwn2ku lak ade lah yg terhiris hati...kdg2 aku xtaw...so..kwn2 sume...aku dgn rendah diri mewar2kan kpd anda sume yang aku mintak maap bnyak2 la kalu aku ade terlllllembut lidah ketika sdg syok bercakap dgn korang sume...yelah kalu dah yang jenis suke mengege ni mmg xtersekat la akal mereka..huhuhu..
Walau sape pon aku..aku mendokan aku akan selalu menjadi aku...aku mendoakan aku menjadi seorg insan yang mampu berbakti pada smue insan di dunia ini hatta haiwan sekalipon kerana jauh di sudut hati aku..aku mahu menjadi yang terbaik untuk sume....Kpd sume rakan2 aku..ketahuilah...kamu selalu berada di tempat yang teratas dalam hatiku...kerana tanpa kalian sume..aku xkan dapat menjadi seorg manusia yang sempurna.....

7.7.09

DeTiK...dEmI DeTiK.....


Hari ini ( 7 julai 2009 ),dah dua hari aku balik semula ke tempat aku berpenat lelah menjadi hamba kepada buku dan segala asignment..uuu.....sedih tggl kampung...ingat kat aym itik kat kg...termasuk kerbau lembu aku..then of course la my mum n yg sewaktu dengannya..banyak kenangan sepanjang dua bulan aku cuti..aku pon da selamat dan bebas drp praktikal..selamat...but the one more thing that i never forget is aku berjaya menjadi seorang petani yang berangan berjaya...kui2X...untuk pengetahuan korang aku sebenarnye praktikal di jabatan pertanian di daerah aku la..banyak gak la kenangan yang best..


Ni adalah antara gambar2 kebun yang berjaya aku " jahanamkan" sepanjang praktikal tu berlangsung....seghonok kerja ni..balik umah terus pengsan tanpa mandi dulu..hehehe....gmbar ni adalah belas ehsan kwan aku..aku ni harapkan kamera die je lah...ade gak pengalaman aku duk menonggeng kat kebun YB kat daerah aku...tolong die tanam limau...satu perangai manusia yg xdpt dielakkan adelah penyakit kemalasan...aku pon tak terkecuali kena santau malas ni masa aku duk praktikal kat situ...tp aku respect abes kat golongan petani kg yang ade kat kampung aku cz diorg mmg rajin..kalu boleh nak bermalam kat kebun diorg...

so rakan2 sume..kita hendaklah menghargai segala jasa dan penat lelah petani seluruh dunia terutama Malaysia cz siapalah kite tanpa petani...kite xdpt nak makan kalu xde padi yang ditanam...selalulah letakkan cogan kata iklan dalam tv tu yg model die si farah tu ( msa die berlakon masa zaman kecik2 dulu )
" Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani"

Hargai jasa mereka..kerana mereka menyediakan makan minum kita...sayonara sume...assalamualaikum...

24.4.09

exam LAgI...

alhamdulillah..perjuanganku dlm exam dah nak berakhir..tggl dua paper g...tu pon dah nazak..nyaris masuk icu baru ni...tp xjadi..cz aku smgt lagi..hehehe...dan lepas ni..blog aku ni akan terbiar sepi cz aku balik kg...xsabar nak balik..yelah..lama xbalik...ayam itik kat kg dah smkin kurus ingat kat aku..tu xtermasuk lembu..kerbau...n seumpama dgnnya yg menghinap di hotel mewah blkg umah aku..hehehe...ntah ape2 aku nie...aku mmg xsabr nak menyibukkan diri aku dgn praktkal nnt..harap2 sumenye berlangsung dgn baik,aman,tenang dan damai..aku pon xtahu la macam mana penerimaan org kat pjbat tu nanti dgn kehadiran aku...tp kita ni insan bese..kalu deme2 tue sume aku buat2 pandai aku sndri la..insyallah aku akan lakukan yg terbaik nnt..doakan aku yer...sayonara de'amor sume...

17.4.09

.........??????????

alhamdullillah...aku n the geng baru siap menyudahkan asement khas tntg filem..( wpon sehari je mse tggl tuk stdy..huhu..) tp besela..nak jugak relax ckit..wpon aku mengaku g kami xstdy satu haram habuk pon ari ni..keh2x..aku xtahula ape yg akan aku goreng dalam exam nnt..mihun ke...mee sup ke...aku xtahu...then aku nak jugak kongsi cter tntg filem yg aku bace..."twilight" tajuk cter tue..nak kate best tue.aku bg 3 bintang jelah...cz x baPer menyuntik semngat yang sedap..tp maaplah korang yer...xleh nak post gambar n review cter tue..cz tenet sini terrrrrrrsgtlah excellentnye...berbalik pd cter td...die cam karut ckitla..citer tntg human fall in love with vampire...tp kalo aku kitar balik..ade ke mende3 tue dlm dunia kite skrg? aku teringat la lak cter tntg jin syaitan n nafsu yang aku belajar dgn dr afendi..best sgt2...aku mengetahui ape yg aku xtahu...tp kdg2 aku rse cam takut n xlogik akal..tp kite tahu mende tu mmg ade dlm dunia ini....nak dipnjgnkan cter..jin ni terjadi drp lidah api yg sgt2 la panasnye...n bile manusia bersahabat dgn jin,ia adelah salah n menyalahi undg2 mahkamah tinggi malaysia...n bnyak gaklah citer mistik yg die cter kat kiteorg..tp aku xnak citer la psl mende2 mcm tue...malam2 ni ketakutan jiwa aku ni pon nak jugak melelapkan mata..hehe..okla...nnt kite sambung lagi.sayonara sume...gud nite..assalamualaiku...

15.4.09

Pahala Terakhir Seorang Isteri...........

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu
taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.
Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.


p/s : this articel is not bye the own blogger..juz for remind us...( by ttp://promote5.blogspirit.com )